Hulu Terengganu Cucumber Day telah diadakan pada 22 November 2017 di Pasar Kuala Berang. Program ini telah dianjurkan sendiri oleh Eastvege Enterprise dan mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah Hulu terengganu, pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Terengganu dan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Kuala Kejir, Kuala Berang. Majlis Hari Mentimun ini juga menjadi Majlis Pertama di Malaysia yang menyambut Hari Mentimun.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan komuniti setempat dan para pelajar UMT berkenaan Hari Mentimun Sedunia melalui Program Hulu Terengganu Cucumber Day dan Cumberland sebagai tapak destinasi pelancongan baharu serta membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat bagi Negeri Terengganu khususnya di Tasik Kenyir. Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kepada komuniti dan para pelajar UMT berkenaan kaedah-kaedah penanaman mentimun secara fertigasi dan membuka peluang kepada komuniti setempat untuk menjadikan produk mentimun di masa hadapan sebagai pendapatan yang menguntungkan melalui kaedah penanaman fertigasi dan tawaran kerjasama dengan company Eastvege Enterprise dan Qumberland.
untuk video semasa majlis perlancaran hari Mentimun Hulu Terengganu boleh lawati melalui link dibawah:-
Comments